
Khairul
6 tahun
Wajib daftar jika positif HIV
Adakah ia wajib berdaftar jika HIV positif?

6 tahun
Salam sejahtera.
Jangkitan HIV merupakan penyakit yang harus diberi notifikasi kepada pejabat kesihatan daerah berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Kejadian jangkitan HIV perlu dilaporkan bagi mencegah penyakit tersebut daripada merebak dan mengawal penyakit berjangkit itu daripada melarat sehingga menjadi wabak penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia. Setiap pegawai Perubatan di klinik dan hospital sama ada kerajaan ataupun swasta wajib melaporkan jika jangkitan HIV telah disahkan.
Pendaftaran adalah sangat penting kerana karajaan boleh membuat kajian dan menjalankan program untuk mengurangkan lagi beban jangkitan HIV berdasarkan statistik yang telah diberikan. Selain itu, pendaftaran juga akan memudahkan anda memperoleh pelbagai sokongan untuk kesihatan mental dan fizikal. Untuk pesakit yang berdaftar, pemantaunan dan rawatan penyakit HIV adalah lebih teliti kerana mereka mempunyai maklumat tentang kesihatan pesakit dan latar belakang keluarga. Perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling keluarga, intervensi krisis, bantuan kewangan dan peralatan serta penempatan di institusi kebajikan adalah lebih mudah untuk diperoleh jika pesakit itu berdaftar.