
suziecute65
5 tahun
Waktu period tidak tetap
Saya period tiap2 bulan…22 22 25 26 22 23… tapi tak smpai 28 hri … soalan sy mcm mne nk kira hri ovulasi dan bila hri ovulasi sy ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kitaran haid anda adalah normal. Bagi individu yang mempunyai kitaran haid yang hampir 28 hari, ovulasi akan berlaku agak-agak pada hari ke-14 selepas hari pertama yang anda datang haid. Tempoh kesuburan anda adalah 5 hari sebelum hingga hari ovulasi, anda juga boleh menggunakan kalkulator ovulasi yang sedia ada dalam laman web.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.