Sulit
5 tahun
Waktu subur dan tak subur
Bile hari-hari subur dan hari-hari tak subur sye klau kitaran period 33 hari? Bile waktu sesuai utk bersama suami klau tak nak dpt anak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jika anda ingin merancang kehamilan, anda disarankan untuk mengambil perancangan keluarga. Antaranya:
- pil hormon
- suntikan depo
- implanon
- penggunaan kondom
Perancangan keluarga mengikut waktu kesuburan adalah sangat berisiko kerana terdapat kebarangkalian anda tidak memiliki ovulasi pada tempoh yang tetap. Jika anda memiliki waktu ovulasi yang tetap, anggaran waktu kesuburan anda adalah hari ke 16/17. 5 Hari dan keatas selepas ovulasi adalah waktu yang dijangka tidak subur.
Namun, jelas dinyatakan disini, perancangan keluarga menggunakan anggaran waktu ovulasi adalah berisiko.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































