azhaniamatkhairi
4 tahun
Waktu subur seorang wanita
Doktor, sy wanita berumur 40 tahun dan sedang merancang keluarga. sy start haid pd 06/01/2020. Last haid pada11/01/2020. pada 14/01/2020, husband sy xde pakai protection n terpancut dalam. Adakah potensi sy akan hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, waktu kesuburan seorang wanita adalah separuh daripada kitaran haid seseorang. Sebagai contoh, jika kitaran haid anda selama 28 hari, waktu subur anda adalah sekitar 14 hari. Terdapat risiko kehamilan melalui aktiviti seksual tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.