
Sulit
4 tahun
Waktu subur wanita menggunakan kalendar dan opk test
Saya wanita berumur 26 tahun, kebiasaannya waktu subur sy tepat berdasarkan kalendar dalam aplikasi telefon saya dengan test opk. Tetapi bulan ini, ketika saya telah mencapai waktu high ovulation , apabila saya check opk, result adalah negatif. Mengapa terjadi begitu ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai ujian OPK ( Ovulation Predictor Kits ) atau dikenali sebagai ovulation test yang negatif . Untuk makluman anda, ujian OPK ini berfungsi untuk memantau hormon yang mendorong ovulasi iaitu Lutenizing Hormone dimana kandungan hormon tersebut akan tinggi dalam badan ketika berovulasi. Maka hasil positif OPK membawa makna bahawa anda dalam masa subur, sekiranya negatif, berlaku sebaliknya. Berdasarkan klinikal, OPK test lebih tepat berbanding aplikasi kalender subur.Hal ini kerana kalender subur hanya merupakan jangkaan ovulasi, tetapi OPK test dapat mendeteksi hormon ovulasi itu sendiri.
Untuk mengetahui lebih banyak tentang masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.