
Sulit
4 tahun
Wanita belum berkahwin cenderung rahim jatuh?
Adakah wanita yang belum berkahwin juga mempunyai risiko untuk rahim jatuh? Ada yang mengatakan perempuan yang masih belum berkahwin mempunyai risiko rahim jatuh. Sekiranya ya, bagaimana boleh berlaku?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf cik, kerana informasi yang diberikan adalah terlalu singkat dan tidak jelas.
Oleh itu, saya sarankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda yang sebenar, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala yang merungsingkan anda.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Untuk makluman anda, rahim jatuh yang dikaitakan dengan senggugut atau sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faktor hormon yang lazim berlaku semasa haid akibat peningkatan prostaglandin
- Gangguan dari penyakit Endometriosis
- Gangguan ketumbuhan Adenomyosis atau Fibroid
Walau bagaimanapun, rahim jatuh juga boleh memberi maksud
- prolaps rahim atau prolaps faraj - lazimnya berlaku pada wanita tua atau yang mempunyai sejarah melahirkan bayi yang banyak
- jangkitan kuman pada kelamin atau isitilah lainnya kencing kotor
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.