
isaacsandra91
5 tahun
Wanita berusia ingin menggunakan pil perancang
Pil perancang apakah yang sesuai untuk wanita berusia 40an…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa jenis pil perancang yang boleh digunakan. Antaranya:
- pil perancang kombinasi
- pil progesteron sahaja
Pil ini harus dimakan setiap hari pada masa yang sama untuk meningkatkan tahap keberkesanan ubat perancang ini.
Untuk makluman anda, selain pil, terdapat juga suntikan ubat perancang dan implanon yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk pil perancang.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Terdapat beberapa masalah kesihatan yang tidak disarankan yntuk menggunakan pil perancang seperti kanser payudara, faktor umur 35 ke atas serta merokok dan masalah hati. Oleh itu, anda disarankan untuk bertemu dengan doktor atau hubungi pihak kami di (DoctorOnCall) atau (DoctorOnCall EPharma). Terima kasih.