
fatinnfantastic
5 tahun
Wanita hamil demam dan mata panas
Hi doktor. Saya sedang pregnant, dan kehamilan saya skrg 35 weeks. Dan badan saya panas, serta mata saya terasa panas , dan saya selsema. Apakah ia akan effect dekat janin saya? Saya baru start demam semalam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sukar untuk dikonfirmasikan apakah efek demam terhadap janin pada kes anda ini. Hal ini adalah kerana ia adalah tergantung kepada penyebab demam dan sekiranya ia adalah jangkitan, ia tergantung kepada jenis jangkitan.
Justeru, silakan untuk langsung memeriksakan diri ke doktor agar penyebab demam dan rasa tidak selesa tersebut dapat dideteksi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.