Anonymous
6 tahun
Warna dara haid sya mera jambu
Dok sya nak tnyA knapa haid sya tak jga bethenti suda hampir 1 bln dok tlong jawab
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, faktor-faktor haid berpanjangan boleh disebabkan seperti:
- Pendarahan rahim disfungsi (“Dysfunctional uterine bleeding”)
- Ketumbuhan polip/fibroid pada endometrium/serviks
- Masalah pembekuan darah
- Pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin
- Penggunaan alat IUD atau pil perancang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































