
Sulit
5 tahun
Warna hitam keluar dari qubul subuh
Dikira haid jugak ke sebab pagi tkdi (subuh) saya ade kedatangan warna hitam yang keluar dari qubul saya. Lepas tu saya check balik pukul11 dah ksong tkkde ppape. Kira haid jugak ke??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangya, sukar untuk pihak kami membuat kesimpulan sama ada darah tersebut merupakan darah haid ataupun pendarahan lain. Masalah spotting (keluar cecair coklat) ini boleh disebabkan oleh banyak sebab. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Akan tetapi sekiranya masalah ini diajukan kerana berkaitan dengan puasa, secara amnya dalam Islam selagi pendarahan tersebut dalam tempoh 15 hari dari hari pertama anda yakin berlakunya pendarahan haid maka anda tidak dibenarkan untuk berpuasa. Sekiranya tempoh sudah melebihi 15 hari, maka wajib untuk anda berpuasa. Namun, ini hanya jawapan am. Anda disarankan untuk merujuk dengan pakar agama bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.