Sulit

3 tahun

Was was dan ocd dengan penyakit hiv

Hi doc,
Saya mengalami masalah waswas dan ocd…perkara yg saya risaukan adalah penyakit hiv…
Semua situasi yg saya alami saya akan relatekan dengan penyakit hiv…baru ni saya tgh masak dan saya terkentut membelakangkan kuali tu…bermakna punggung saya mengadap kuali boleh ke berjangkit hiv…

Saya terpegang luka eczema baby yg dah kering,boleh ke berjangkit hiv…
Tolong doc…serabut sgt rasa…

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang penyakit HIV. Untuk makluman anda, HIV bermaksud human immunodeficiency virus (HIV). Fakta asas tentang HIV AIDS membantu seorang pesakit HIV mengenali penyakit yang dihidapi secara mendalam dan membantu membina kepercayaan untuk menerima rawatan. HIV adalah virus yang menyerang sistem imun badan, khususnya sel CD4 (sel T), yang membantu sistem imun melawan sebarang jangkitan.

Cara penyebaran virus ini:

  • Kebanyakan orang mendapat jangkitan HIV melalui aktiviti seksual dan penggunaan jarum seperti jarum suntik. Jangkitan HIV tidak boleh merebak dalam air liur, air mata, air kencing dan peluh. Oleh yang demikian, jangkitan itu tidak menular dalam situasi sebegitu.

  • Jangkitan HIV boleh merebak hanya melalui cecair badan tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani atau lebih dikenali sebagai air mazi, cecair rektum, cecair faraj, dan susu ibu. Cecair ini mesti bersentuhan dengan lapisan mukosa atau tisu yang rosak atau disuntik terus ke dalam aliran darah (daripada jarum atau jarum suntikan) untuk penyebaran virus HIV berlaku. Lapisan mukosa terdapat di dalam rektum, faraj, zakar, dan mulut.

  • Virus HIV tidak dapat bertahan lama di luar tubuh manusia. Virus tersebut akan mati dengan cepat apabila cecair badan kering. Selain itu, virus HIV juga tidak disebarkan oleh haiwan atau serangga. Anda tidak akan dijangkiti virus HIV jika tersentuh sebarang permukaan awam seperti tombol pintu atau kerusi tandas.

  • Tambahan pula, virus HIV boleh juga disebarkan daripada ibu kepada anak daripada ibu mengandung, melahirkan anak atau semasa menyusu. Risiko untuk anak dijangkiti HIV daripada ibu adalah lebih tinggi jikalau ibu sudahpun menghidapi HIV serta tidak menerima sebarang rawatan HIV. Para doktor menasihati semua wanita hamil untuk menjalani ujian darah supaya risiko dijangkiti HIV dapat dikurangkan dan secara tidak langsung bilangan bayi yang dilahirkan dengan HIV dapat dikurangkan.

Berdasarkan keterangan di atas, kentut bukan merupakan salah satu cara penyebaran penyakit ini. Jadi,buat masa sekarang, anda perlu bertenang dan tidak terlalu memikirkan soal itu.

Mengenai masalah was-was dan OCD yang anda nyatakan, kami memerlukan info lanjut daripada anda. Pelbagai pertanyaan tentang rekod kesihatan anda seperti pengesahan daripada doktor tentang penyakit OCD ini adalah penting untuk ditanyakan. Hal ini kerana untuk menetapkan sesebuah diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti.

Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)