
Sulit
3 tahun
Was-was mengandung atau tak
Saya 30an… Pd 4hribln saya telah upt tpi upt kabur,lpas tu saya repeat 8hb still kbur,mlm 8hb saya pergi klinik, alhamdulillah kedudukan rahim ok,dan tiada cyst n fabroid,sy test upt kt klinik still kabur… Pd 15hb sy repeat pon still kabur,tapi tadi sy repeat 1line… Adakah sy mengandung…? Adakah saya ada kemungkinan mengandung kembar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya keputusan upt anda kurang jelas anda juga boleh ambil ujian darah HCG dan imbasan ultrasound di mana-mana klinik kesihatah atau swasta untuk kenal pastikan kandungan anda. Selain itu, tanda dan gejala kehamilan adalah seperti yang berikut:
- Haid tidak datang
- Loya dan muntah
- Sakit perut dan haid berdarah sikit
- Ketidakselesaan payudara, tegang
- Kulit jadi gelap terutamanya pada puting dan perut buncit
- Perubahan mood
- Keletihan
- Kerap kencing
- Sembelit
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).