Sulit
4 tahun
What is meaning of gastrik and gerd
Hai doc,
Sy hanya nk tahu bagaimana pula acid perut boleh keluar berlebihan? Knp hanya sesetengah org shj yg jd begini. Knp ada yg berbadan gemuk banyk mkn pon xde pulak jadi gastrik dan gerd?. Boleh doc beri penjelasan x? Adakah gastrik ni akibat luka dalaman?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, GERD adalah singkatan untuk gastroesophageal reflux disease atau dalam bahasa mudahnya, refluks asid. GERD terjadi kerana sel parietal yang terdapat di dalam perut merembeskan asid terlalu banyak pada suatu masa dan ini dapat menimbulkan gejala atau simptom.
Berikut merupakan antara simptom GERD yang sering dilaporkan oleh pesakit:
- Muntah-muntah
- Loya
- Rasa masam atau sesuatu di tekak
- Pedih ulu hati
- Terbangun secara tiba-tiba pada waktu malam kerana tekak yang tidak selesa atau muntah
- Sakit atau ketidakselesaan di bahagian atas abdomen atau sakit dada
Penyakit GERD bermula apabila injap yang berfungsi menahan makanan daripada memasuki saluran makanan tidak berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan asid perut yang kuat memasuki tiub saluran makanan anda
Penyakit gastrik berlaku apabila berlaku keradangan lapisan dalam perut akibat hakisan asid. Fenomena tersebut mungkin kerana lapisan lendir yang kurang atau penghasilan asid perut berlebihan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.
Faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan kedua-dua penyakit ini adalah seperti:
- Merokok
- Usia yang lanjut
- Stres yang berlebihan
- Keturunan keluarga
- Sering mengambil makanan yang pedas
- Pengambilan kopi dan teh yang berlebihan
- Masalah kesihatan lain seperti penyakit Crohn,jangkitan parasit HIV serta jangkitan parasit
Ini hanyalah sedikitpenerangan kami mengenaan GERD. Anda boleh baca dengan lanjut berkenaannya dengan klik di sini. Sekiranya anda mempunyai gejala disebutkan di atas, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan diagnosis dapat dicapai.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.






























