
Sulit
4 tahun
Window period CMIA Method
Berapa lamakah virus dapat dikesan selepas kita melakukan aktiviti risiko sebelum menjalani ujian CMIA Method?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kaedah ini secara purata dapat mengesan virus ini selepas 18 hari terdedah dengan jangkitan HIV. Namun tempoh ini boleh menjadi lebih lama sebelum dapat dikesan. Akan tetapi 99% HIV selalunya dapat dikesan selepas 44 hari terdedah dengan jangkitan ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.