
Sulit
3 tahun
X mengeras waktu bersama, waktu biasa normal mengeras
assalamualaikum Doc…
maaf ganggu…cuma nk mtk pencerahan pasal rawatan mati pucuk…saya punya batang, mmg normal mengeras macam biasa, bangun waktu pagi, waktu keje seharian pon biasa mengeras normal macam xde masalah… tapi bila waktu brsama pasangan, x naik langsung… sy seperti tidak terangsang dgn pasangan…
jika ingin dapat kan rawatan , semasa ke klinik kesihatan mgkin perlu brjumpa MA saja , jika di tye mcm mana cara saya ingin terangkan pada Doc @ MA mengenai masalah sy nih… sb mgkin ia bersifat sulit… jika saya ingin mndapatkan rawatan di hospital besar contoh nya saya di kelantan HRPZ11… saya perlu deret ke klinik pakar Urology ke camne? mohon sedikit ilmu dari doc tntang tatacara utk sy mndapatkan rawatan ini…tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, masalah anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya stress, kegelisahan, kemurungan, kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang, penyakit urat, rokok dan sebagainya.
Anda perlulah terangkan sebarang gejala anda mengalami tersebut dengan jelas serta hubungan anda dengan pasangan jika ditanya. Sekiranya anda boleh menghubungi pakar urologi, sila mendapatkan nasihat dan rawatan mereka.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar kami.