
rnieriff
5 tahun
Xanthelasma..kolesterol tinggi
Saya wanita berumur 41 tahun…Ada tanda xanthelasma di kelopak mata saya…adakah itu petanda kolesterol tinggi…bolehkah hilang sekiranya saya menjaga pemakanan saya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, xanthelasma sememangnya dikaitkan dengan kolesterol tinggi, namun anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan bagi memastikan keputusan yang objektif. Ianya adalah masalah kosmetik yang mana dengan penjagaan makanan dan kolesterol ia mungkin boleh surut. Sekiranya tidak, ia boleh dirawat oleh pakar kulit/estetika. Sekian