
Sulit
5 tahun
Zakar Bahagian Bawah Rasa Sakit Seperti Shot Current Apabila Disentuh
Saya seorang lelaki bujang berumur 26 tahun.Pada 25.10.2019 Saya telah melakukan masturbasi dan ianya okay,beberapa detik kemudian saya ada bersin seketika dalam 5 kali dan apabila hendak pergi mencuci ke tandas saya melihat zakar bahagian kepala bengkok ke kiri dan apabila disentuh terasa sakit.Kemudian saya basuh sikit dan terus baring untuk kembalikan zakar lurus semula.Setelah beberapa minit,saya hendak berjalan keluar bilik,ianya terasa sakit dibahagian bawah zakar.Apabila saya test stimkan semula untuk tegangkan zakar ianya tidak rasa sakit,selepas ia kendur menjadi kecil dan ingin berjalan saya terasa sakit sedikit seperti kejutan elektrik shot apabila kulit bawah tersentuh atau bergerak terkena buah zakar dan seluar.
Jadi pada pandangan doktor,adakah ianya disebabkan urat saluran darah saya tersumbat atau urat terhimpit? dan adakah ianya boleh pulih dengan sendiri jika saluran darah tersumbat?apakah rawatan yang saya perlu lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah pada bahagian zakar anda ini boleh disebabkan kecederaan pada tisu zakar, saraf pada zakar luka ataupun masalah saluran darah zakar. Anda dinasihatkan utnuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut bagi mengelakkan keadian yang tidak diingini. Sekian