
Sulit
4 tahun
Zakar bengkak dan gatal
Saya lelaki 20an sya mengalami bengkak zakar dan gatal sedikit…ubat ape yg patut sye pakai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah zakar bengkak. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea (simptom lain: nanah)
- Jangkitan saluran kencing (rasa pedih ketika kencing)
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman
- Tidak menjaga kebersihan selepas kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih