
Sulit
4 tahun
Zakar bengkok ke kanan
Saya berumur 18 tahun dan pada umur tersebut saya baru perasan yang zakar saya bengkok ke kiri apabila ereksi.saya ad baca sebab zakar bengkok dan ada 1 sebab yang sama dgn penyebab zakar saya bengkok iaitu saya memakai seluar dalam yg ketat ketika ereksi.Persoalanya,adakah keadaan ini serius dan apa yang saya perlu buat adakah perlu mendapatkan rawatan?tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda. Untuk pengetahuan anda, mempunyai zakar yang sedikit senget adalah normal selagi ia tidak mengganggu sistem reproduksi anda. Terdapat juga beberapa sebab lain mengapa seseorang lelaki boleh mendapat zakar yang senget, seperti:
- Kecederaan atau trauma pada zakar
- Penyakit Peyronie
- Penyakit autoimun
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian ataupun ia memang normal. Maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui puncanya. Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami masalah berikut:
- Sakit ketika membuang air kencing
- Sakit ketika zakar sedang ereksi
- Air kencing bercampur darah atau/dan nanah
Sekiranya anda mempunyai persoalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.