Sulit
3 tahun
Zakar berasa gatal dan menghasilkan bonjolan apabila digaru
Ummm… hi doc. Saya nak tanya kenapa ya zakar saya berasa sangat gatal. Apabila saya menggarunya, semakin lama semakin timbul benjolan yang kelihatan lebih kurang seperi jerawat. Adakah ini sesuatu yang serius ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang dapat menyumbang kepada keadaan anda:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Ekzema atopik, alah kepada bahan yang digunakan pada seluar dalam
- Contact dermatitis
- Jangkitan kelamin
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mengalami masalah berikut, sila jumpa dengan doktor segera:
- Gatal yang mengganggu aktiviti harian anda
- Gatal sehingga timbul ruam bernanah
- Terdapat bau yang kurang menyenangkan dari kawasan yang sakit
- Kencing sakit
- Kencing bercampur darah dan nanah
Anda juga boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian mengenai masalah yang anda hadapi. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.