Sulit
3 tahun
Zakar bertompok merah dan gatal , di kepala dua bijik air bisa di kepala zakar saya
zakar saya ada tompok merah , dan di bahagian sekeliling zakar saya gatal , tak lama kemudian , ada bijik bisa di kepala zakar saya , apa yg harus saya buat ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang dapat menyumbang kepada keadaan anda:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus pada kulit dan kemaluan anda
- Contact dermatitis disebabkan geseran seluar dalam kepada kulit atau bahan yang digunakan pada seluar dalam tidak sesuai dengan kulit anda
- Jangkitan kelamin seperti gonorrea dan sifilis
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mengalami masalah berikut, sila jumpa dengan doktor segera:
- Gatal yang mengganggu aktiviti harian anda
- Gatal sehingga timbul ruam bernanah
- Terdapat bau yang kurang menyenangkan dari kawasan yang sakit
- Kencing sakit dan berbau
- Kencing bercampur darah dan nanah
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian mengenai masalah yang anda hadapi. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.