
Sulit
4 tahun
Zakar ereksi berasa ngilu dan pedih,kencing berasa pedih
Salam sejahtera doctor pada 1hb yang lepas sy dan teman wanita berhubungan kelamin,setelah hubungan kelamin tersebut selesai sy mendapati di sekitar pangkal kepala zakar ada darah tetapi tidak terlalu banyak,walhal teman wanita sy tidak haid pada waktu tersebut.Dan zakar sy juga tidak mengalami luka.
Setelah itu,selang 3 or 4 hari kemudian,ketika sy buang air kecil sy merasa pedih pada saluran kencing ketika sy buang air kecil,pada hari ke 20 pula,keluar cecair (lendir)kekuningan cair (tidak berbau) ketika hendak mandi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab berlakunya sakit ketika membuang air kecil antaranya :
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Keradangan saluran kencing
- Penyakit kelamin seperti Herpes, Gonorrhea, atau Chlamydia
- Keradangan prostat
- Batu karang
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Tentang cecair yang keluar dari zakar anda pula, antara sebab yang boleh mengeluarkan lendir adalah :
- Keradangan urethra iaitu salah satu bahagian saluran kencing
- Penyakit Kelamin seperti gonorrhea
- Keradangan kepala zakar ( balanitis)
- Jangkitan saluran kencing
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan Doktor sekiranya anda menghadapi gejala berikut :
- Zakar bertukar menjadi merah-merah dan pedih
- Keluar lendir yang busuk
- Lendir yang keluar di luar hubungan seksual
Sekiranya kondisi anda berterusan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.