
Sulit
3 tahun
Zakar gagal ereksi menyebabkan tidak dapat melakukan hubungan kelamin dengan isteri. Perkara ini sudah berlaku lebih dua bulan
Umur saya 57 tahun disahkan tiada sebarang penyakit. Tetapi sekarang zakar saya tidak menegang dan sukar terangsang. Apa sebab dan ada tak rawatan atau ubat?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, kemungkinan besar anda mengalami gejala mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin. Ia boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.
Antara punca berlakunya gejala mati pucuk ialah:
Pengaliran darah yang tidak mencukupi atau terdapat halangan yang menyebabkan aliran darah berkurangan atau tersekat (dalam keadaan seperti kencing manis dan darah tinggi),justeru menyebabkan ketegangan alat kelamin lelaki tidak dapat dicapai pada tahap yang memuaskan
Penyakit mental seperti kemurungan serta kebimbangan juga memberi implikasi negatif kepada aliran darah.Hormon juga salah satu faktor yang diperlukan untuk penengangan zakar ,oleh kerana itu hormon seperti ‘Testosterone’, ‘Endorphin’ dan hormon tiroid.Kecederaan secara langsung kepada alat kelamin lelaki juga menyebabkan aliran darah terjejas.
Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ‘Amphetamines’,’Barbiturates’ serta pengunaan dadah terlarang seperti ganja,cocain.
Cara merawat mati pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
a) Amalkan gaya hidup sihat
b) Kurangkan berat badan
c) Elakkan merokok
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah