
Sulit
4 tahun
Zakar gatal gatal dan sperma kuning
Hi doc. Mengapa batang zakar saya kerap rasa kegatalan selepas lakukan sex oral. Dan lagi satu saya mendapati air mani saya berwarna kekuningan sedikit. Adakah air mani ini normal? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki Tentang zakar gatal setelah seks oral. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Air mani berwarna kuning bermaksud ianya bercampur dengan sisa air kencing di dalam saluran kencing iaitu urethra anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.