
Anonymous
5 tahun
Zakar kanan naik sebelah
Sy punya suami sakit zakar naik atas sebelah kanan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Namun, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan masalah zakar tidak simetri, antaranya ialah:
- variasi normal bentuk zakar lelaki
- Peyronie’s disease
- testis tidak turun (ketika masih kanak-kanak)
- komplikasi kecederaan lama pada zakar
Namun, terdapat beberapa soalan yang harus kami ajukan kepada anda sebelum membuat kesimpulan antaranya ialah;
- adakah terdapat ketidaknormalan lain pada bahagian lain?
- bilakah kali pertama anda perasan perkara ini?
- adakah terdapat sebarang masalah dengan sebarang aktiviti seharian?
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.