
Sulit
5 tahun
Zakar keluar darah tidak tahu punca
Salam dr saya ingin bertanya ketika saya melakukan hubungan dengan isteri saya apabila saya melaukan seks dlm posisi ‘doggie’ saya berasa semacam ingin kencing atau rasa ingin keluarkan air apabila berasa sedemikian saya segera keluarkan zakar saya dan dan didapati darah fresh terpancut keluar dari zakar saya…tetapi saya tidak rasa sakit pun di kemaluan saya ataupun dj tempat lain…apakah punca dia yer…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak tuan, antara punca pendarahan dari zakar adalah:
- Trauma atau kecederaan pada bahagian pundi, saluran kencing, prostate atau kantung zakar dan juga pada mana-mana bahagian di kawasan pelvik
- Radang pada pundi atau saluran kencing
- Radang pada bahagian prostate atau kantung zakar
- Jangkitan pada bahagian yang dinyatakan di atas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.