
Anonymous
2 tahun
Zakar keluar lendir putih
Suami saya baru2 ni mengalami masalah pada zakar nya, kata nya ada sekali ada lendir putih di hujung. Bila di lap, zakar nya melekat di spender… kemudian ada jugak rasa gatal, tapi bukan dibahagian luar… tapi di bhagian dalam kulit… masalah apa kah ini ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi oleh suami puan. Untuk makluman pihak puan dan suami, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Lendiran tersebut juga berkemungkinan adalah air mani suami puan
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh suami anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!