
Anonymous
5 tahun
Zakar keluar nanah dan ada kesan tompokan putih kekuningan
Saya lelaki berumur 23 tahun. 3 hari lepas saya perasan ada tompokan warna putih kekuningan pada seluar dalam. Tetapi saya ingat itu kerana mimpi basah. Tapi untuk hari kedua dan hari ketiga pon ada tompokan. Saya ada melakukan hubungan seks tanpa protection seminggu sebelum tu. Adakah saya kena infection atau penyakit kelami ? Adakah saya akan mendapat penyakit hiv? Saya sgt menyesal diatas tindakan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berkenaan dengan keluhan tuan mengenai zakar keluar bernanah, jangkitan kelamin seperti:
- Gonorrhea
- Chlamydia
- Syphillis
Sebaiknya anda merujuk ke doktor untuk supaya dapat diperiksa dan dilakukan tes yang sesuai serta diberikan rawatan yang tepat. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.