
Anonymous
5 tahun
Zakar kurang tegang dan air mani amat cair dan sedikit
Saya berumur 46 tahun dan ada penyakit kencing manis tapi masih dlm peringkat awal…bacaan gula dalam darah sekitar 8 ke 11…semenjak beberapa bulan ni zakar sy kurang tegang dan air yg keluar amatlh cair dan sedikit sahaja…sy sedang berusaha utk mendapatkan anak lg…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Erection atau tegang terjadi apabila rangsangan seksual menyebabkan saraf penis menghantar isyarat kepada otot untuk relaks dan saluran darah untuk mengembang diisi darah. Darah kemudian terperangkap dibawah tekanan tinggi menyebabkan satu situasi yang dikenali sebagai tegang.
Diabetes pula adalah kondisi yang mana kandungan gula dalam darah adalah sangat tinggi. Faktor risiko kejadian diabetes boleh jadi genetik, usia, gaya hidup dan lain-lain. Kandungan gula darah tinggi yang tidak terkontrol dapat menyebabkan kerosakan pada sel-sel saraf dan saluran darah.
Untuk makluman pihak tuan, diabetes yang tidak terkontrol boleh menyebabkan banyak komplikasi dari yang sederhana sehingga yang membahayakan nyawa. Nasihat saya adalah kepada tuan untuk mendapatkan nasihat doktor dan berbincang cara untuk kontrol kadar gula dalam darah. Kebanyakan kes susah tegang mempunyai prognosis yang baik setelah diabetes terkontrol.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.