Sulit
3 tahun
Zakar melecet dan bengkak
saya lelaki 36 thun…batang zakar saya bengkak dan melecet…terasa gatal dan pedih bila terkena pakaian…ada nanah kluar di tempat bengkak…sudah berkahwin dan tidak pernah tukar pasangan…saya jd risau
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterangan yang diberi, kami memahami anda mempunyai masalah penyakit kelamin bercirikan bengkak dan melecet. Namun, jawapan ini hanyalah keterangan am mengenai masalah anda kerana kami memerlukan informasi lebih seperti warna nanah, hasil ujian darah serta simptom-simptom am yang lain.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang sepadan deskripsi yang disebut contohnya seperti:
- Syphillis
- Penyakit herpes
- Cancroid
- Molluscum contagiosum
- Contact dermatitis
- Eczema
Penyakit di atas boleh berpunca daripada:
- Alahan kulit yang tersentuh
- Terjangkit daripada sentuhan orang yang menghidap.
- Hubungan seks dengan orang yang menghidap
- Pencampuran darah dengan orang yang menghidap seperti berkongsi jarum dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera sekiranya rawatan belum dimulakan dan masalah anda semakin teruk. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih