Sulit
5 tahun
Zakar membengkak tetapi setakat ni tiada rasa sakit cuma gatal sedikit
sayaa lelaki berusia 24 thn… saya risau penis saya membengkak disekeliling jahitan sunat… Dan juga bengkak kecil di bwh tempat keluar air kencing… tapi setakat ni tiada sakit… tolong saya Doctor!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap luka sunat anda. Secara amnya, luka biasanya akan sembuh dalam masa dua minggu. Namun begitu ia bergantung terhadap kedalaman luka seseorang itu alami. Proses penyembuhan luka menyebabkan seseorang mengalami gejala gatal, merah ataupun bengkak pada kawasan zakar. Keadaan ini akan kembali pulih selepas beberapa hari.
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa punca mengapa luka boleh sembuh dengan lewat ataupun bengkak :
- Penjagaan luka yang kurang higenik
- Kolonisasi bakteria di tempat luka; ini menyebabkan kawasan luka akan menjadi kemerahan dan boleh menyebabkan nanah
- Menghidap kencing manis ( Diabetes ); kencing manis melemahkan sistem imun seseorang dan seterusnya menyebabkan seseorang mudah terkena jangkitan dan proses penyembuhan luka menjadi lemah atau lambat
Namun begitu, ini hanyalah tanggapan kami secara am mengapa luka pulih dengan lambat. Anda dikehendaki berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan lebih lanjut.
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi secara atas talian bersama doktor kami. Terima kasih.


































