
Sulit
4 tahun
Zakar mengeras tidak lama semasa berhubungan bersama isteri
Saya seorang isteri. Suami saya agak susa hendak memastikan zakarnya mengeras lama semasa berhubungan seks. Kadang kala, suami saya baru nak masukkan zakarnya ke dalam kemaluan saya dah terkeluar air mani. Apa yang harus saya lakukan utk membantu suami saya? Kami telah berusaha bermacam2 xara. Kami lakukan hubungan semasa kami segar, tidak letih, tidak stress, kami jarakkan masa seminggu utk kembali berhubungan. Jadi apa yg tidak kena ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai prestasi kesihatan seksual suami anda. Untuk makluman anda, perkara ini mungkin boleh berkait dengan tingkat umur suami anda ataupun tidak.
Namun, suami anda boleh mencuba beberapa langkah ini bagi mendapatkan tenaga batin yang lebih sempurna iaitu:
- Terlibat dengan senaman yang sentiasa aktif
- Banyakkan permakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
- Tingkatkan pemakanan yang mengandungi omega-3, Vitamin B1, dan juga telur.
- Kurangkan stress.
- Kurangkan merokok atau alkohol.
- Keluar dari rumah untuk mendapatkan cahaya matahari.
- Melancap atau melancap sejam sebelum melakukan hubungan seks
- Menggunakan senaman Kegel : Kemutkan lubang dubur selama 3 saat dan legakan selama 3 saat. Ulang beberapa kali dalam sehari.
Jika masalah ini telah selesai, nikmatilah saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah