
Sulit
4 tahun
Zakar menggelupas seperti kekeringan. Adakah ini permulaan kanser penis ? Atau adakah ia sudah menjadi perkara normal
Saya lelaki 20 an . Kepala zakar saya merekah dan menggelupas . Setelah itu saya terasa ngilu dan pedih apabila begesel dgn seluar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada zakar
- Alahan atau alergik kepada bahan yang digunakan untuk membuat seluar dalam
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan virus, bakteria atau kulat pada permukaan kulit
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV)
- Kesan sampingan ubat
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya keadaan semakin parah atau anda mengalami masalah yang disebutkan di bawah, usah lengahkan waktu dan sila berjumpa dengan doktor segera:
- Sakit dan pedih di kawasan zakar atau kemaluan
- Gatal-gatal
- Sakit perut atau kawasan ari-ari
- Sakit ketika membuang air kecil
- Kerap membuang air kecil
- Air kencing bercampur darah atau nanah
- Demam
- Sakit kepala
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.