razalimanap5
6 tahun
Zakar saya tidak mengeras kadang kala
Saya berumur 63 tahun …masaalah saya kadang kala alat kelamin saya tidak terlalu mengeras.bila saya hendak bersama isteri saya
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Gejala zakar tidak mengeras atau menegang ini boleh disebabkan beberapa perkara dan punca kepada masalah ini perlu ditangani dahulu sebelum penggunaan ubat-ubatan. Antara punca-punca kepada gejala mati pucuk ini adalah:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu, penyakit jantung, diabetes, obesiti, kolesterol tinggi dan darah tinggi
- Masalah kalenjar tiroid/pituitari
- Masalah saraf atau cakera tulang belakang
- Kesan pembedahan pelvis seperti pembedahan hernia
Untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Penggunaan ubat-ubatan - ubat bagi mati pucuk memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































