Sulit
5 tahun
Zakar sebelah kiri sakit dan terasa senak
Saya lelaki berumur 26 tahun, saya mengalami sakit zakar sebelah kiri bila dpegang dan senak d bahagian atas sebelah kiri. Kerap terjadi bila shahwat naik dan akan berasa sakit bila sperma tidak dkeluarkan merasa lesu dan lemah. Cepat hilangkan sakit dengan mengeluarkan sperma ataupun urut d bahagian kiri atas kemaluan. Mohon pencerahan. Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit yang dialami boleh jadi disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Penile fracture iaitu apabila terdapat saluran dalam zakar yang pecah
- Abses penis
- jangkitan kelamin
- masalah saraf
- elektrolit tidak stabil
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- Kontusio penis
- Amputasi penis
Memandangkan bahagian ini adalah penting buat kesihatan seksual serta reproduktiviti anda di masa depan, justeru adalah digalakkan untuk anda merujuk ke doktor agar masalah tidak bertambah teruk. Sekiranya dibiarkan dikhuatiri akan mempengaruhi kesuburan dan kualiti hubungan seksual anda.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































