
Sulit
3 tahun
Zakar sukar tegang, morning wood masih ada tapi rasa macam tak fully erected
Umur 26 tahun, sebulan lepas ada operate buang telur sebelah disebabkan accident. Lepas operation, zakar masih boleh menegang. Baru2 ni (seminggu dua), saya notice zakar sukar tegang, tapi pagi2 rasa morning wood ada lagi tapi tak setegang sebelum2 ni. Adakah masalah ni hanya sementara (disebabkan hormon/stress) atau tanda2 awal mati pucuk? Ada kaitan dengan operation buang telur ke? Untuk pengetahuan, saya kerap onani (walaupun cuba untuk berhenti )

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya kesan operasi anda. Sebanyak 50 peratus lelaki akan mengalami perubahan kepekatan hormon selepas operasi buang letur sebelah, kekurangan hormon testosteron akan mempengaruhi ketegangan. Kemungkinan dan kesan penyembuhannya berbeza untuk setiap individu.
Anda perlu merujukkan perkara ini kepada doktor anda semasa susulan penyakit supaya penyelidikan lebih lanjut dijalani serta rancangan rawatan dapat dibincang.
Selain itu, punca lain boleh menyebabkan gejala anda adalah seperti stress, kegelisahan, kemurungan, kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang, penyakit urat, rokok dan sebagainya.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar kami.