
Sulit
3 tahun
Zakar terasa sakit dan senak semasa dalam keadaan tegang
Apabila kemaluan saya mulai tegang ia terasa sakit dan senak , ia tidak lah kerap berlaku tetapi cuma dalam keadaan tegang pasti akan terasa . Adakah kemaluan saya bermasalah dan kadang terdapat seperti 1 atau 2 jerawat berada di batang kemaluan saya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan kami memahami anda mempunyai sakit pada kemaluan ketika tegang serta masalah seperti jerawat pada kemaluan. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala sakit ketika kemaluan menegang yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kecederaan pada zakar
- Balanitis (jangkitan pada kulit zakar)
- Priapism (zakar menegang dengan terlalu lama dan menyebabkan kesakitan akibat daripada kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit darah beruk, gangguan mental, penyakit darah, penggunaan alkohol, kecederaan pada zakar atau saraf tunjang)
Namun ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian daripada doktor seperti:
- Peyronie’s Disease (apabila terdapat keradangan pada otot tisu zakar anda yang menyebabkan penghasilan tisu parut pada bahagian otot zakar)
Selain daripada jerawat pada zakar terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan bintik-bintik pada kemaluan seperti:
- Fordyce spots
- Tindakbalas alahan
Namun ia juga boleh terjadi akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan lebih lanjut seperti:
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar urologi