
Sulit
4 tahun
Zakar tidak keras lama dan awal pancut mungkin disebabkan onani kerap
Apakah ubt atau penyelesaia yg sesuai utk mengatasi masalah ini…kalau Ade ubt yg bole mengatasi masalah ini ,bole senaraikan ubt yg sesuai dan berkesananya…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dihadapi oleh anda buat masa ini berkenaan dengan zakar dan ejakulasi pramatang. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa cara untuk anda mengatasi masalah ini:
- Pastikan anda telah memanaskan badan (warm up) sebelum memulakan hubungan intim bersama pasangan untuk memastikan zakar anda benar-benar keras
- Elakkan onani dengan terlalu kerap kerana onani dapat mencederakan tisu zakar anda jika dilakukan dengan kasar
- Menggunakan teknik stop and go; teknik ini bermaksud untuk anda berhenti dan berehat untuk mengambil nafas seketika apabila anda hendak klimaks untuk tahan lebih lama dan menyambung semula setelah anda relaks
- Relaks dan tenangkan fikiran kerana tekanan akan membuatkan prestasi anda menurun
- Berbincang dengan pasangan anda mengenai masalah ini
- Ubat-ubatan; namun begitu penggunaan ubatan perlukan anda untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk diperiksa sebelum diberi preskripsi ubat
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Jika anda mempunyai persoalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk maklumat lanjut daripada doktor kami. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.