
Anonymous
5 tahun
Zakar tidak tegang dan pedih pada penghujung kencing dan penghujung pancutan mani
Saya lelaki berusia 30 tahun dan sudah berkahwin, sejak 3 minggu sy dapati zakar sy tidak mgeras seperti malahan ketika hendak bersetubuh tahap ketegangan tidak seperti biasa dan ad ketika mengendur ketika melakukan hubungan intim. Juga ketika kencing atau pancutan mani saya merasa pedih pada bahagian dalam saluran zakar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, sakit saat ejakulasi dan kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- prostatitis - yaitu peradangan prostat
- acute cystitis yaitu peradangan pundi kencing
- benign prostate hyperplasia (BPH) yaitu pembesaran prostat
- batu saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.