Sulit
6 tahun
Zakat kiri sakit ketika bersama
Saya berusia 37 tahun, zakar bahagian kiri saya bersa sakit ketika bersama isteri, apakah sebabnya? Isteri memberitahu bahawa terdapat cantumam bulu yg menyebabkan saya bersa sakit, zakar dibahagian kiri sahaya, kanan okau
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Namun yang demikian, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
testicular torsion - buah zakar berbelit
epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutamanya jika sakit anda berpanjangan dan menganggu kualiti hidup anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

































