Batuk Kokol (Pertussis) - Penyakit Membawa Maut Yang Boleh Dicegah

September 9, 2021 | Ditulis oleh: Tan Rou Yi

Batuk Kokol (Pertussis) - Penyakit Membawa Maut Yang Boleh Dicegah

Pengenalan

Batuk kokol atau dikenali sebagai pertussis (whooping cough) dalam Bahasa Inggeris, adalah penyakit berjangkit yang merupakan salah satu penyebab utama kematian dalam kategori penyakit yang mempunyai vaksin sebagai pencegahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan jumlah kes kematian mencecah 300 ribu setiap tahun di seluruh dunia dengan 90% kes berlaku di negara membangun. Penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur sementara bayi mempunyai risiko tertinggi untuk mengalami komplikasi yang serius.

Agen penyebab dan cara berjangkit

Jangkitanpertussis ini disebabkan oleh bakteria Bordetela pertussis yang menjangkiti saluran penafasan yang merangkumi mulut, hidung dan kerongkong. Manusia merupakan satu-satunya pembawa bakteria ini. Seseorang boleh dijangkiti dengan pertussis apabila berdekatan dengan pesakit yang batuk, bersin atau melepaskan titisan air. Pesakit yang menghidap pertussis boleh menjangkiti 12 hingga 15 orang lain.

Golongan yang berisiko tinggi

●Wanita hamil

●Kontak rapat dengan pesakit pertussis

Tanda-tanda Dan Simptom

Pesakit akan menunjukkan tanda-tanda dan gejala selepas 10-14 hari. Simptom penyakit ini dibahagikan kepada tiga fasa.

1) Fasa ‘catarrhal’

Pada peringkat awal, pesakit akan bermula dengan gejala biasa seperti demam, selesema, batuk,mata merah dan keletihan. Simptom ini biasanya akan kekal dalam tempoh satu hingga dua minggu. Diagnosis adalah sukar pada fasa ini disebabkan gejalanya yang ringan dan tidak spesifik.

2) Fasa ‘paroxysmal’

Seterusnya, pesakit akan memasuki peringkat kedua, iaitu batuk akan bertukar sifat kepada batuk klasik pertussis, iaitu batuk berulang dan mengejut (disifatkan sebagai paroxysms cough) diikuti dengan bunyi ‘whoop’ apabila pesakit bergelut untuk bernafas selepas batuk. Sifat dan bunyi batuk ini yang membawa nama batuk kokol atau whooping cough dalam Bahasa Inggeris. Gejala ini boleh berlarutan sehingga tiga bulan. Masyarakat Melayu zaman dahulu menamakan penyakit pertussis ini sebagai batuk 100 hari. Pesakit juga mengalami kahak yang banyak pada peringkat ini. Pertussis merupakan salah satu punca batuk berdarah apabila batuk menjadi serius. Bagi bayi yang berusia kurang daripada tiga bulan, simptom yang klasik seperti batuk dan bunyi ‘whoop’ tidak dialami. Bayi biasanya tidak batuk tetapi menampilkan simptom seperti sesak nafas sehingga muka menjadi biru atau ungu dan berhenti bernafas seketika. Situasi kekurangan oksigen ini telah menambahkan risiko maut dalam golongan ini.

3) Fasa pemulihan

Pesakit memasuki tahap perubahan perlahan selepas mengalami simptom batuk-batuk selama beberapa bulan. Simptom akan menjadi ringan dengan pengurangan batuk dan bunyi ‘whoop’.

Tempoh berjangkit

Pesakit yang menghidap pertussis berjangkit dari awal tahap ‘catarrhal’ dan tetap berjangkit hingga minggu ketiga bermulanya fasa ‘paroxysms’. Kadar berjangkit dikurangkan 5 hari selepas antibiotik dimulakan.

Komplikasi

1) Remaja dan Dewasa

Golongan remaja dan dewasa biasanya mengalami simptom yang tidak serius daripada jangkitan pertussis.

Kebanyakan komplikasi yang dialami adalah disebabkan oleh batuk yang berulang dan kuat.

Antara komplikasi batuk adalah seperti berikut:

●batuk berdarah

angin pasang

● Bayi

Bayi terutamanya di bawah 6 bulan biasanya mengalami komplikasi yang lebih membimbangkan dan berpotensi untuk membawa maut.

●o Kesulitan untuk makan sebab batuk

●o Kesusahan untuk minum sebab batuk

Sawan

Kerosakan otak (encephalopathy)

Diagnosis

Pertussis sukar dikesan pada peringkat awal disebabkan oleh simptom ringan seperti demam biasa yang boleh didapati dalam pelbagai jangkitan.

Ujian-ujian berikut boleh membantu dalam diagnosis:

●o alat akan dimasukkan ke dalam rongga hidung sehingga kawasan nasopharynx untuk mengambil sampel hingus

●o Ujian yang digunakan untuk mengesan antibodi pertussis

Rawatan

Adalah sangat penting untuk menerima rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini. Bayi biasanya akan menerima rawatan rapi di pusat perubatan kerana golongan ini memerlukan perhatian yang teliti manakala golongan remaja dan dewasa boleh menerima rawatan di rumah.

Erythromycin merupakan antibiotik yang boleh memusnahkan bakteriaBordetellaPertussis yang terdapat dalam saluran penafasan. Antibiotik seharusnya diberikan secepat mungkin untuk mencegahkan wabak penyakit ini. Rawatan antibiotik juga merupakan cara hilangkan batuk yang paling berkesan bagi batuk yang desebabkan oleh bakteria. Sesiapa yang mempunyai kontak rapat dalam masa tiga minggu boleh mengambil antibiotik tersebut sebagai ubat pencegahan.

Cara Pencegahan

1) Vaksin pertussis untuk bayi

Pelalian atau imunisasi merupakan cara yang paling berkesan untuk mencegah batuk kokol. Liputan imunisasi yang melebihi 90 peratus dalam masyarakat akan memberi imuniti kelompok yang mampu mencegah penyebaran penyakit ini. Suntikan vaksin mampu menghasilkan antibodi dalam badan yang mampu melawan pada masa akan datang apabila anda dijangkiti. Bolehkah anda membezakan antara fakta dan mitos vaksin? 

Lazimnya, vaksin ini sinonim dengan istilah vaksin DTaP, iaitu gabungan tiga vaksin yang terdiri dari vaksin untuk penyakit batuk kokol (pertussis), radang kerongkong (difteria) dan kancing gigi (tetanus). Vaksin tersebut mempunyai bentuk toksin yang tidak aktif yang dihasilkan oleh bakteria yang menyebabkan ketiga-tiga penyakit tersebut.

Walau bagaimanapun, berdasarkan info terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak kerajaan telah mewartakan pertukaran imunisasi kebangsaan dari vaksin lima serangkai kepada penggunaan vaksin enam serangkai yang terdiri dari gabungan vaksin Difteria, Tetanus, Pertussis, Polio, Hepatitis B & Haemophilus Influenza Type B. Ia juga dikenali sebagai vaksin hexavalent (DTaP-IPV-HepB-HiB) yang turut diberikan sekaligus melalui suntikan sebanyak tiga dos utama dan satu dos tambahan (booster). Pertukaran ini telahpun berkuat kuasa sejak November 2020. 

Jadual berikut menunjukkan dos dan umur untuk imunisasi Pertussis.

Dos

Umur

1

2 bulan

2

3 bulan

3

5 bulan

Tambahan

18 bulan

Jadual 1 Jadual Imunisasi Pertusis mengikuti Jadual Program Imunisasi Kebangsaan

Salah satu peringatan penting mengenai vaksin ialah bayi yang menerima vaksinpertussis ini masih boleh dijangkiti, namun simptom akan menjadi ringan berbanding dengan bayi yang tidak menerima vaksin. Bayi yang menerima vaksin juga mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami simptom serius yang mengancam nyawa seperti pernafasan terhenti dan perwarnaan kulit biru kerana kekurangan oksigen.

2) Vaksin pertussis untuk ibu hamil

Memandangkan kebanyakan kes pertussis melibatkan bayi di bawah umur 3 bulan yang belum menerima vaksin, Pusat kawalan dan pencegahan penyakit (CDC) mencadangkan vaksin diberikan kepada wanita untuk setiap kehamilan. Pencegahan ini boleh membantu kerana bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai antibodi untuk melindungi mereka daripada batuk kokol. Wanita hamil yang menerima vaksin boleh menghasilkan dan menyalurkan antibodi tersebut kepada bayi melalui uri dalam kandungan. Cara ini dapat melindungi ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan. 

3) Etika batuk dan bersin

Seseorang harus menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin ataupun batuk. Amalkan perbuatan mencuci tangan dengan sabun dan air atau sanitiser untuk mencegah penyebaran penyakit pertussis. Pakai penutup hidung dan mulut jika anda mempunyai penyakit berjangkit.

Kesan Sampingan Vaksin

Kesan sampingan selepas suntikan vaksin Pertussis adalah:

Demam

●Kurang selera makan

Kebanyakan kesan sampingan adalah ringan dan boleh berlangsung dari 1 hingga 3 hari.

Konklusi

Pertussisadalah penyakit berjangkit yang serius dan berbahaya bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai imuniti. Penyakit ini dapat dicegah melalui vaksin. Oleh itu para ibu bapa haruslah cakna dengan jadual suntikan anak-anak anda dan sentiasa mematuhi temujanji vaksinasi yang ditetapkan. Vaksin bukan sahaja menyelamatkan nyawa anak anda, malah turut boleh menyelamatkan orang lain. Rujuk kepada doktor untuk mengetahui tentang vaksin Pertussis dengan lebih lanjut. 


Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!




* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall

Dapatkan Konsultasi Doktor PERCUMA*