Suntikan Vaksin: Imunisasi - Perlindungan Buat Diri dan Komuniti

Fakta Imunisasi Kanak-kanak: Apa Ada Dengan Vaksin - DoctorOnCall

Kenali  Vaksin 

Vaksin adalah salah satu kejayaan agung dalam dunia perubatan yang patut dibanggakan. Setelah vaksin diperkenalkan, banyak penyakit yang berbahaya seperti smallpox dan polio hampir hilang di dunia ini. Maksud imunisasi dalam kamus dewan ialah pengimunan atau suntikan pelalian. Suntikan ini menyebabkan tubuh kita membina antibodi terhadap virus tertentu bagi melawan jangkitan pada masa akan datang.

Sejarah pengenalan vaksin telah bermula berabad lamanya. Konsep vaksin di Barat diperkenalkan oleh Edward Jenner pada tahun 1796. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 20 penyakit berbahaya telah mempunyai vaksin masing-masing. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, vaksin telah berjaya menyelamatkan 2 hingga 3 juta kematian daripada penyakit seperti kancing gigi, diphteria, campak dan influenza.

Manfaat Ciptaan Vaksin

Vaksin yang dicipta berkurun lamanya bukan semata-mata untuk keuntungan dalam sektor perubatan, malahan banyak kebaikan dan manfaat yang dibawa oleh vaksin untuk kita. Berikut merupakan fakta yang anda perlu ketahui tentang kebaikan vaksin

  • Mengurangkan kecacatan dan kematian akibat jangkitan serius. Sesetengah penyakit seperti Polio sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa terutamanya kanak-kanak. Dengan adanya imunisasi, kadar jangkitan adalah sangat rendah dan jarang berlaku. 

  • Vaksin adalah selamat. Ramai anti-vaksin di luar sana melontarkan bahawa vaksin tidak selamat dan boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada kanak-kanak. Hal ini sama sekali tidak betul kerana setiap penghasilan vaksin mengambil masa bertahun-tahun dan hanya akan diluluskan apabila menepati kriteria tertentu. Mana mungkin vaksin dibenarkan disuntik sekiranya ia membawa maut. Mungkin ada kesan tindak balas alergi tetapi ianya sangat jarang berlaku.

  • Percaya atau tidak, vaksin mampu memberi imuniti secara menyeluruh kepada seluruh masyarakat setempat. Ia dipanggil sebagai herd immunity atau imuniti kumpulan. Imuniti jenis ini akan berlaku apabila majoriti masyarakat di kawasan tersebut menerima vaksin untuk melawan sesuatu penyakit. Tindakan baik sebegitu akan menutup ruang virus atau bakteria menyerang komuniti tersebut. Mungkin ada antara mereka yang tidak menerima vaksin, namun risiko untuk mendapat penyakit adalah rendah kerana tiada pembawa penyakit tersebut. Imuniti sebegini mampu menyelamatkan golongan warga emas, mereka berpenyakit kronik, bayi dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah. 

    Vaksin di Malaysia

    Jangkitan bakteria mycobacterium tuberculosis kepada paru-paru menyebabkan berlakunya keradangan.

    • Hepatitis B 

    Jangkitan virus hepatitis B menyebabkan keradangan dan kerosakan hati yang kronik. Virus tersebar melalui hubungan seksual, bertukar-tukar jarum suntikan di kalangan penagih dadah dan sebagainya.

    Jangkitan bakteria corynebacterium diphteria pada kerongkong tekak yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan tersumbat.

    Keracunan bakteria clostridum tetani yang menyebabkan kekejangan otot badan.

    • Pertussis (batuk kokol)

    Jangkitan bakteria bordetella pertussis yang sangat mudah berjangkit dan menyebabkan batuk berterusan sehingga sukar bernafas.

    • Haemophilus influenza jenis B

    Jangkitan pada paru-paru (pneumonia), keradangan selaput otak (meningitis) yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenza jenis B

    • Polio 

    Poliovirus menyebabkan kecacatan kekal kepada otot atau kelumpuhan serta jangkitan otak.

    • Campak (Measles)

    Jangkitan akut virus Rubeola yang menyebabkan ruam dan demam. Jangkitan pada paru-paru dan otak juga boleh berlaku.

    • Beguk (Mumps) 

    Jangkitan virus yang menyebabkan bengkak di kelenjar parotid pada awalnya. Kemudian jangkitan merebak ke organ lain seperti testis dan otak.

    • Rubella 

    Juga dikenali sebagai german measles. Penyakit jangkitan virus rubella ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan masalah pendarahan dan jangkitan otak.

    • Kanser serviks

    Kanser yang disebabkan oleh Human papilloma virus (HPV) terutamanya jenis 16 dan 18.

    Jangkitan virus melalui gigitan nyamuk yang menyebabkan kerosakan pada otak.

    Vaksin Bukan Hanya Untuk Kanak-kanak 

    Sedar atau tidak, kebanyakan vaksin diberi ketika kita masih bayi atau masih di sekolah rendah mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan. Hal ini kerana sistem imunisasi bayi atau kanak kanak masih lemah dan penyakit-penyakit berbahaya juga mudah menjangkiti kanak-kanak. Dengan pemberian suntikan vaksin, kekuatan imuniti badan kanak-kanak meningkat sekaligus melindungi mereka daripada terkena penyakit atau komplikasi penyakit tersebut yang boleh mengancam nyawa. 

    Namun, ini tidak bermakna vaksin hanya untuk kanak-kanak. Terdapat vaksin untuk golongan dewasa dalam kes-kes tertentu seperti: 

    • Vaksin untuk golongan warga emas. Apabila usia meningkat, imuniti badan makin menurun dan kita akan lebih mudah dijangkiti penyakit. Oleh itu beberapa jenis vaksin seperti vaksin penumokokal dan influenza diberikan kepada golongan ini untuk melindungi kesihatan mereka.

    • Vaksin untuk penyakit yang bermusim. Sesetengah penyakit seperti influenza biasanya dilaporkan meningkat pada musim sejuk. Kita disyorkan untuk mengambil vaksin tahunan influenza untuk menghalang jangkitan ini. 

    • Vaksin untuk pesakit kronik. Sekiranya anda disahkan menghidap penyakit kronik yang boleh mengancam nyawa, pasti doktor anda akan mencadangkan suntikan vaksin seperti pneumokokal dan hepatitis. Hal ini kerana imuniti badan seseorang yang menghidap penyakit kronik adalah lemah dan mudah mendapat jangkitan.

    • Vaksin sebelum melancong ke luar negara. Sesetengah negara mempunyai penyakit endemik tertentu seperti demam kuning di Afrika dan Amerika Selatan. Sebelum anda melancong ke negara ini, pastikan anda menerima vaksin demam kuning terlebih dahulu. Sekiranya anda berhajat untuk menunaikan umrah dan haji, vaksin meningococcal pula diwajibkan ke atas anda oleh kerajaan Arab Saudi.

    • Vaksin untuk ibu mengandung. Proses kehamilan menjadikan seorang ibu senang dijangkiti penyakit. Oleh itu, ibu mengandung disyorkan untuk mengambil vaksin rubella, tetanus, dan hepatitis B sebelum hamil. Vaksin ini bukan sahaja dapat menghalang ibu daripada penyakit, malahan dapat melindungi ibu dan bayi daripada kesan sampingan penyakit tersebut.

    Kesan Sampingan Vaksin

    Pasti anda pernah terdengar ura-ura menyatakan vaksin menyebabkan autisma. Hal ini sama sekali tidak tepat dan perlu diperbetulkan. Sudah tentu vaksin mempunyai kesan sampingan, tetapi baik buruk sesuatu vaksin telah ditimbang tara sebelum vaksin tersebut diluluskan. 

    Setiap vaksin mempunyai kesan sampingan tersendiri. Namun, pada kebiasaannya seseorang mungkin mendapat kesan sampingan seperti demam, sakit di tempat suntikan, lemah, hilang selera makan, dan sakit kepala. Gejala ini hanyalah sementara dan berakhir selepas 2-3 hari. Alergi terhadap vaksin sangat jarang di laporkan. Sekiranya anak anda mempunyai tindakbalas alergi terhadap vaksin tersebut, sudah tentu suntikan seterusnya tidak akan diberi dan alternatif lain harus dibincangkan bersama-sama doktor anda. Bolehkah anda bezakan antara fakta dan mitos vaksin?

    Imuniti Semulajadi Lebih Baik ? 

    Apabila seseorang mendapat jangkitan virus atau bakteria tanpa pemberian vaksin,badan akan menghasilkan imuniti terhadap penyakit tersebut dan imuniti inilah disebut sebagai imuniti secara natural. Memang benar imuniti natural lebih baik berbanding imuniti yang dihasilkan oleh vaksin, namun perhatian perlu diberikan kepada risiko jangkitan penyakit tersebut. Sebagai contoh, cacar air (chickenpox) boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia). Beguk menyebakan pekak, polio penyebab lumpuh kekal, influenza B boleh menyebabkan kerosakan otak secara kekal malah boleh membawa kepada kematian. Risiko kesan sampingan penyakit-penyakit ini boleh dihalang melalui vaksin. Mengapa perlu meletakkan diri dalam situasi bahaya di atas sedangkan vaksin lebih selamat ? 

    Pelbagai tanggapan salah tentang vaksin mula memenuhi ruang media sosial. Tindakan berani anti-vaksin untuk mengajak dan membina komuniti mereka tersendiri amatlah membimbangkan. Kepentingan imunisasi jelas dinyatakan untuk mencegah kita daripada penyakit berbahaya, namun fakta ini diputar belit oleh golongan anti-vaksin sehinggakan ada yang percaya bahawa vaksin penyebab kepada penyakit. 

    Tuntasnya, melihat kepada kepentingan vaksin, ia patut diwajibkan kepada semua orang bagi mendapatkan perlindungan menyeluruh daripada penyakit-penyakit berbahaya. Vaksin melindung, bukan membunuh. Rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut mengenai vaksin.


    Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!




Rujukan:

* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall