Cegah Jangkitan Influenza Dengan Suntikan Vaksin Fluquadri

September 8, 2021 | Ditulis oleh: Hidayah Ropa

Cegah Jangkitan Influenza Dengan Suntikan Vaksin Fluquadri

Apakah Influenza? 

 Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pada hidung, tekak dan paru-paru. Gejala penyakit ini biasanya tidak spesifik dan sering dipandang enteng oleh masyarakat sebagai selsema biasa atau selsema kerana cuaca sejuk.

Antara gejala jangkitan virus ini ialah:

  • Sakit tekak
  • Sakit otot 
  • Sakit kepala, 
  • Hidung tersumbat dan berhingus
  • Batuk 
  • Kelesuan

 

Namun begitu, sesetengah jangkitan influenza juga boleh menjadi lebih serius akibat jangkitan paru-paru atau dikenali sebagai Pneumonia. Komplikasi Pneumonia boleh membawa maut kerana pesakit akan mengalami kesukaran bernafas akibat keadaan paru-paru yang tidak berfungsi dengan baik.


 Virus influenza merupakan organisma yang lebih halus daripada bakteria. Ia mudah tersebar melalui titisan cecair (droplets) sama ada daripada air liur atau hingus yang terpercik ketika batukatau bersin, terutamanya juka tidak menggunakan topeng muka dan jarak percakapan yang terlalu rapat. 

 Kadar penyebaran virus influenza boleh berlaku dalam masa yang singkat justeru mampu mengakibatkan wabak seperti selsema burung pada tahun 2004 dan selsema babi pada tahun 2009. Ini membuktikan bahawa influenza perlu ditangani dengan serius.


 Jenis–jenis Influenza

Terdapat 4 jenis virus influenza yang kini dikenal pasti iaitu:

  • Influenza virus A

  • Influenza virus B

  • Influenza virus C 

  • Influenza virus D

 Dibawah jenis ini terbahagi pula kepada subjenis masing-masing, contohnya H1N1 yang dikenali sebagai selsema babi tergolong dalam Influenza virus A.

Apakah Itu Vaksin FluQuadri?

Terdapat banyak jenis vaksin influenza di pasaran termasuklah vaksin FluQuadri, Flubio vaksin dan juga vaksin Vaxigrip.

FluQuadri adalah antara vaksin influenza terbaru yang mengandungi 4 subjenis virus yang telah dilemahkan untuk membina antibodi, bagi melawan dan melindungi badan daripada subjenis virus Influenza A, Influenza B, Influenza C, dan Influenza D.

Berbeza dengan vaksin Vaxigrip yang juga merupakan vaksin influenza, ia hanya mempunyai 3 jenis subjenis virus berbanding vaksin fluquadri 4 strain.

Keberkesanan vaksin dalam merawat wabak tidak boleh disangkal lagi. Vaksin merupakan ciptaan yang berkesan untuk melindungi individu dan masyarakat daripada jangkitan. Adakah anda tahu mengenai fakta dan mitos vaksin?

Mengikut data yang telah dikeluarkan oleh Pertubuan Kesihatan Sedunia (WHO), kematian disebabkan Influenza dan pneumonia telah mencecah 13,913 atau 9.88% jumlah kematian pada tahun 2018. 

Angka ini mungkin akan bertambah pada masa yang akan datang sekiranya vaksin influenza tidak dimanfaatkan oleh masyarakat dengan lebih menyeluruh. Disebabkan kadar mutasi influenza yang begitu pantas, vaksin influenza diperbaharui sebanyak dua kali setahun mengikut musim agar vaksin yang dikeluarkan sesuai dengan virus semasa. 

Untuk Siapa Vaksin FluQuadri?

Berikut merupakan jadual saranan vaksin FluQuadri untuk dewasa dan bayi yang berumur 6 bulan dan ke atas mengikut dos yang telah diaturkan. 


Umur

Dos

Jadual

6 bulan – 35 bulan

Satu atau dua dos, 0.25ml setiap satu

Jika dua dos, suntikan mesti berjarak 1 bulan

36 bulan – 8 tahun

Satu atau dua dos, 0.5ml setiap satu

Jika dua dos, suntikan mesti berjarak 1 bulan

9 tahun dan ke atas

Satu dos, 0.5ml


Dos bergantung kepada vaksinasi terdahulu dan menurut ketetapan KKM

Vaksin ini akan disuntik pada bahagian: 

  • Otot deltoid (bahu) untuk dewasa dan kanak-kanak 1 tahun lebih 

  • Bahagian kanan paha untuk bayi 6 bulan – 12 bulan

Adakah wanita menyusukan bayi dan wanita hamil boleh mengambil FluQuadri 

Vaksin ini tidak sesuai diambil oleh wanita yang menyusukan bayi. 

Manakala bagi wanita hamil, suntikan ini tidak menjejaskan kehamilan. Kajian menunjukkan suntikan vaksin ini kepada arnab betina tidak menjejaskan kehamilan. Namun, wanita hamil haruslah berbincang dengan doktor sakit puan mereka sebelum mengambil sebarang suntikan atau ubat ketika mengandung.

Vaksin ini juga tidak menjejaskan kesuburan wanita. 

Syarat – syarat mengambil suntikan dan pengecualian pesakit bagi vaksin FluQuadri

  • Penerima vaksin mestilah berada dalam keadaan sihat, tidak demam dan tiada apa-apa gejala keradangan seperti: selsema, batuk atau lemah badan.

  • Vaksin ini tidak boleh diambil oleh pesakit yang mempunyai sejarah alergi dengan sebarang vaksin influenza atau komponen vaksin FluQuadri iaitu produk berasaskan telur. Ini adalah kerana FluQuadri dihasilkan daripada virus influenza yang dibiakkan di dalam embryo ayam. 

  • Pesakit yang pernah mempunyai rekod Guillain-Barré Syndrome (GBS) dinasihatkan untuk dikecualikan daripada vaksin ini kerana khuatir boleh mencetuskan kembali penyakit tersebut.

  • Bagi penghidap penyakit kronik yang melemahkan sistem imuniti (chronic immunodeficiencies) seperti Diabetes atau HIV digalakkan untuk menerima suntikan vaksin walaupun tindakbalas antibodi mungkin dalam kadar yang rendah.

  • Suntikan ini digalakkan bagi warga yang berusia 65 tahun dan ke atas walaupun tindak balas antibodi mungkin rendah.

  • Penghidap penyakit darah seperti haemophiliadan thrombocytopenia tidak boleh menerima vaksin ini atau vaksin lain kerana suntikan akan mengakibatkan pendarahan tisu dari dalam (hematoma) melainkan atas saranan doktor yang telah menjalankan pemeriksaan rapi. 

  • Suntikan perlu diberikan ketika duduk dan dalam keadaan selesa kerana gejala pitam dan pengsan pernah dilaporkan.

Kesan Sampingan FluQuadri

Antara kesan sampingan FluQuadri ialah:   

  • Sakit

  • Kulit merah

  • Bengkak atau lebam pada tempat suntikan. Kesan ini sebenarnya normal dengan mana-mana prosedur yang melibatkan jarum. 

  • Sakit otot

  • Lemah badan

  • Sakit kepala

  • Tubuh badan menggeletar

  • Demam

  • Muntah 

  • Pening. 

Semua kesan ini tidak perlu dirunsingkan jika tidak berlarutan.

Kesan suntikan vaksin yang lebih serius adalah: 

  • Kelumpuhan otot pada salah satu sisi wajah

  • Penglihatan kabur

  • Syncope

  • Kebas pada tangan dan kaki

  • Tidak boleh menggerakkan anggota terutamanya pesakit yang pernah ada rekod GBS (Gullien Barr Syndrome)

  • Sawan

  • Allergi yang teruk

  • Bengkak kelenjar

Sila rujuk ke hospital terdekat untuk rawatan lanjut dengan segera sekiranya mengalami gejala di atas. 

Walaupun suntikan vaksin ini mempunyai kesan sampingan. Kesan ini sebenarnya amat jarang berlaku dan pengambilan suntikan ini amat disarankan kerana kebaikannya adalah amat besar jika dibandingkan dengan risiko kesan sampingan suntikan vaksin ini.


Adakah Vaksin FluQuadri Mahal?

Harga vaksin FluQuadri 2020 dan genegrasi vaksin sebelumnya adalah lebih tinggi berbanding Vaxigrip atas sebab ia mempunyai 4 jenis strain virus yang dilemahkan untuk memberi perlindungan yang lebih meluas dan menurunkan risiko jangkitan influenza. 

Pada tahun 2015, kebanyakan pasaran menjual vaksin FluQuadri pada harga rm43 – rm50. Namun, harga vaksin ini telah melonjak kepada rm75 – rm100 atau lebih lagi disebabkan oleh penularan wabak Covid yang membimbangkan masyarakat. 


Konklusi

Vaksin FluQuadri dan vaksin influenza yang lain adalah salah satu alternatif membendung kematian akibat jangkitan virus ini saban tahun di seluruh dunia. Tanpa vaksin, kita akan lihat keadaan seperti yang terjadi kini disebakan oleh wabak COVID-19. Oleh itu, bagi mereka yang berkemampuan, pengambilan vaksin ini adalah amat disarankan bagi memberi perlindungan kepada diri dan keluarga dari virus influenza sepanjang tahun. Dapatkan pandangan doktor mengenai vaksin influenza untuk anda.


Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!




* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall

Dapatkan Konsultasi Doktor PERCUMA*