Strok

Diagnosis Penyakit Strok

Baca Soalan

Perbezaan Strok dan Mini-strok (Transient Ischemic Attack)

Selain strok, terdapat keadaan yang menyerupai keadaan ini dinamakan (Transient Ischemic Attack). Kadang kala ia digelar mini-strok. ‘Transient Ischemic Attack’ boleh menyebabkan simptom yang sama seperti strok, namun berlaku dalam jangka waktu kurang dari 24 jam. Kebanyakan kes berlaku kurang dari 1 minit.

Selain TIA, terdapat beberapa penyakit lain yang boleh kelihatan seperti serangan masalah ini:

  • Sawan

  • Jangkitan kuman dalam darah

  • Barah otak

  • Keracunan akibat metabolic disorder

  • Positional vertigo

  • Conversion disorder

  • Bell’s palsy

Maklumat tentang pesakit (History)

Maklumat lengkap tentang pesakit akan diperoleh sebelum mencapai diagnosis strok. Sekiranya pesakit tidak boleh berkomunikasi sendiri, bantuan daripada ahli keluarga terdekat atau penjaga amat diperlukan. Selain latar belakang pesakit dan simptom yang telah berlaku kepadanya, faktor risiko pesakit terhadap masalah ini juga haruslah dikenal pasti. Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi, kencing manis, tinggi paras kolesterol, sakit jantung, merokok atau pernah menghidap strok sebelumnya mempunyai peratusan yang tinggi untuk didiagnos sebagai strok sekiranya datang dengan simptom-simptom tipikal.

Pemeriksaan fizikal

Pemeriksaan fizikal yang terperinci akan dilakukan ke atas pesakit bertujuan untuk:

  • Mengenal pasti punca strok daripada organ selain otak, seperti jantung, abdomen dan salur darah karotid

  • Mengenalpasti kemungkinan masalah lain yang kelihatan seperti strok

  • Mengenal pasti tahap strok untuk membuat perbandingan dengan proses pemulihan pesakit kelak

  • Mengenal pasti kawasan iskemia atau pendarahan di dalam otak

  • Mengenal pasti penyakit-penyakit yang menyumbang kepada gejala strok

  • Mengenal pasti masalah dihadapi pesakit yang mungkin mempengaruhi rawatan atau membawa lebih banyak kemudaratan

Pemeriksaan fizikal yang pertama adalah pemeriksaan neurologi atau pemeriksaan saraf. Ia terdiri daripada pemeriksaan berikut

- Pemeriksaan saraf kranial (Cranial nerves)

- Pemeriksaan cerebellar

- Pemeriksaan bahagian bahu hingga jari tangan

- Pemeriksaan bahagian kaki bermula paha hingga ke jari kaki

- Pemeriksaan cara berjalan (Gait)

- Pemeriksaan percakapan dan bahasa (Language)

- Pemeriksaan status mental dan kesedaran (Mental status and level of consciousness)

Bahagian tengkuk dan belakang juga harus diperiksa untuk mengenal pasti gejala masalah meningia (Meninges) iaitu selaput otak.

Pemeriksaan seterusnya adalah berkaitan jantung. Pemeriksaan jantung adalah penting kerana ia membolehkan penyakit jantung seperti masalah injap jantung tersumbat yang boleh menyebabkan strok dikesan kemudian diselidik dengan lebih lanjut serta dirawat.

Dalam perubatan moden, telah banyak kaedah dicipta untuk memastikan segala pemeriksaan fizikal ini dilakukan ke atas pesakit. Salah satunya adalah Skala Strok oleh National Institute of Health (National Institute of Health Stroke Scale).

Terdapat skala yang dinamakan ABCD2 Skor yang digunakan untuk mengira risiko seseorang yang menghidap TIA untuk mendapat serangan strok. Ia dilakukan berdasarkan maklumat pesakit dan pemeriksaan fizikal. Ia adalah singkatan kepada:

A – Age: Umur melebihi 60 tahun 1 markah

B – Blood Pressure: Tekanan darah melebihi 140/80 1 markah

C – Clinical features: Lemah sebelah badan 2 markah

: Masalah percakapan 1 markah

: Simptom lain 0 markah

D – Diabetes: Mengalami masalah kencing manis 1 markah

D – Duration: Tempoh masa simptom berlaku

- Lebih 60 minit 2 markah

- 10 - 59 minit 1 markah

- Kurang 10 minit 0 markah

Sekiranya markah terkumpul adalah 4 ke atas, maka pesakit adalah berisiko tinggi untuk mendapat serangan strok.

Tekanan darah juga akan diperiksa dan dipantau kerana tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menjadi punca strok berdarah.

Selain itu, ritma jantung akan diperiksa menggunakan mesin elektrokardiogram dengan tujuan mengesan sebarang masalah jantung lain.

Ujian pengimejan

Pengimejan yang harus dilakukan segera ialah CT Scan tanpa kontras yang boleh mengesan kawasan iskemia di dalam otak. CT Scan stroke iskemik akan menunjukkan kawasan lebih gelap sekiranya terdapat iskemia. Strok hemoragik CT Scan pula memerlukan kontras untuk dikenalpasti. Ia juga boleh digunakan untuk mengesan pendarahan dalam otak yang mungkin disebabkan oleh pendarahan dalam tempurung kepala seperti (Intracerebral Hemorrhage) atau (Subarachnoid Hemorrhage).

Ujian lain yang boleh dijalankan adalah:

  • (Magnetic Resonance Imaging (MRI))

  • Penelitian terhadap salur darah carotid

  • X-Ray dada

Ujian darah juga dijalankan untuk mengenal pasti sesetengah penyebab strok. Antara ujian darah yang boleh dijalankan ialah:

  • (Cardiac biomarkers) – Enzim yang dikeluarkan oleh sel jantung, boleh menjadi rujukan sekiranya pesakit mempunyai masalah jantung

  • Ujian Toksikologi – mengesan pengambilan dadah atau ubat berbahaya yang boleh menjadi punca strok

  • Kadar lemak ketika berpuasa

  • Kadar kecederaan pada sel tubuh boleh dilihat daripada enzim ESR (Erythrocyte sendiment rate)

  • Ujian Kehamilan - ujian ini perlu dilakukan kepada wanita dalam umur kehamilan sebelum sebarang ujian imejan dilakukan ke atas pesakit.

Written by: Sri Viknarajan A/L Puvendran

Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?