
Sulit
4 tahun
6 bulan tak datang period, terdapat discaj pada payu dara sebelum ni warna jernih tapi sekarang agak kekuningan
Hi! Saya berumur 22tahun saya sudah 6 bulan tak datang period dan terdapat discaj pada payudara saya sebelum ni warna jernih dan tekstur kurang melekit tapi sekarang agak kekuningan dan sedikit melekit. Perut saya jugak agak membesar kadang kadang seperti orang mengandung dan bila tekan dia keras, kadang kadang rasa seperti ada benjolan/ ketulan. Saya sudah pergi ke klinik dan jugak hospital tapj jawapan setiap doktor adalah sama ianya hanya melibatkan hormon/stress sahaja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan cecair daripada payudara yang anda hadapi, seperti:
- Sedang menyusu bayi
- Kecederaan pada kulit puting disebabkan dermatitis atau kulit kering
- Mastitis, jangkitan pada payudara
- Intraductal papilloma adalah tumor di dalam saluran penyusuan
- Kanser payudara
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.