Sulit
3 tahun
Ada x cara saya untuk cepatkan utk trunkan hormon hcg tu sbb kadang2 saya rasa sakit mcm senggugut dan sakit itu kdang2 boleh sampai punggung
saya urine test terdapat 2 line yg kabur…keesokan harinya saya bleeding mcm priod…hari ke 4 dh stop bleeding…tp kadar hcg dlm darah menurun…dari 170 ke 140 dan yg terakhir sekali 100…jd ada x cara saya untuk cepatkan utk trunkan hormon hcg tu sbb kadang2 saya rasa sakit mcm senggugut dan sakit itu kdang2 boleh sampai punggung…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kondisi tubuh yang telah mendapat hasil tes UPT yang kabur dengan kadar hCG rendah.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon tidak stabil
- Cara penggunaan salah
Haid merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan, namun berdasarkan keterangan anda ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- keguguran
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim.
Yang pasti, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Dalam pada waktu yang sama, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.