Sulit
3 tahun
Adakah akan menyebabkan kehamilan?
Saya wanita 20an. Saya nak bertanya. Adakah akan menyebabkan kehamilan jika jari tersentuh dengan air mani kemudian menjolok sedikit ke dalam lubang kemaluan perempuan. Jari tersebut telah pun dilap terlebih dahulu. Hanya jolok sedikit sahaja kerana saya masih dara. Adakah akan menyebabkan kehamilan? Saya ragu-ragu. Saya inginkan jawapan yang jelas daripada doctor. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, selepas kali pertama berhubungan seks dengan memasukkan zakar atau jari dan lain-lain ke dalam faraj, boleh terjadi peregangan selaput dara yang juga dikenali sebagai hymen. Selaput dara adalah sejenis daging nipis yang terletak pada pembukaan faraj anda. Selaput dara anda boleh diregang buka saat kali pertama anda mengalami seks melalui faraj, yang mana tindakan ini mungkin menyebabkan kesakitan atau pendarahan.
Apabila terjadi kontak seksual tanpa perlindungan (seperti kondom), adalah berpotensi untuk terjadi kehamilan lebih-lebih lagi jika tidak mengamalkan perancang kehamilan. Seandainya ragu status kehamilan, adalah digalakkan melakukan pemeriksaan air kencing (UPT) untuk mengkonfirmasi status kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































