
Anonymous
5 tahun
Adakah ini tanda Kehamilan
Saya wanita berusia 21 thn. Saya ingin brtnye.period saya paling akhir sejak bulan May 2019 hingga hari ini saya tidak period lagi.perut saya semakin membuncit dan selalu kencing.jika saya hamil sekurang kurang nye brpe bulan kandungan saya doktor?TQ.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Punca-punca yang boleh menyebabkan haid tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan berkurang secara drastik atau berlebihan
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Jika period lewat seminggu dan ujian kit kehamilan dilakukan dalam 10 hari dari tarikh sepatutnya kitaran seterusnya, anda mungkin telah hamil untuk 3 minggu. Namun begitu, untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.