Sulit
5 tahun
Adakah itu gejala atau simptom covid-19
Hi doktor, salah seorang ahli keluarga saya tengah jalani kuarantin oleh kerana dia contact rapat dengan rakan sekerja yang positif covid-19 . Soalan saya disini,sekarang saya sakit tekak dan batuk2 . Tetapi result swab test ahli keluarga yang saya yg tgh jalani kuarantin tersebut adalah negatif cumanya belum jalani blood test lagi. Saya mempunyai bayi berusia setahun . Kalau saya ke klinik utk membuat pemeriksaan, perlu ke saya memberitahu bahawa didalam rumah saya ada org yg tgh jalani kuarantin kerana contact rapat dgn pesakit covid-19.
5 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif [COVID-19] (https://www.doctoroncall.com.my/soalan/virus-corona)
Saya menyarankan anda untuk sentiasa berterus terang sekiranya apa-apa informasi diperlukan oleh pihak kesihatan, kerana ini akan membantu kami mengenal pasti situasi dengan lebih tepat sehingga keputusan yang dibuat adalah yang terbaik. Selain itu, YA, anda juga perlu memberitahu bahawa terdapat individu yang sementara kurantin di rumah akibat contact rapat dengan pesakit covid-19.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk makluman tambahan juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Inginkan bantuan demi meningkatkan kekebalan tubuh? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall).
Semoga anda sekeluarga sentiasa sihat dan jangan lupa utamakan SOP. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































