Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah normal sakit gastrik yang kerap dan kencing berwarna kuning pekat

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 16, 2021 2:35 PM

Sulit 44 hari

Saya wanita berumur 26 tahun dan kerap mengalami sakit gastrik… pertama kali saya diserang gastrik pada tahun 2019 dan tidak mengalaminya lagi sehingga akhir tahun lepas… saya telah diserang gastrik beberapa kali semenjak dari itu… saya juga selalu muntah apabila mengalami gastrik… adakah kekerapan ini boleh menyebabkan masalah lain? Selain itu, saya juga akan mengalami kencing yang berwarna kuning pekat semasa mengalami gastrik, terutama pada waktu pagi, adakah ini normal atau disebabkan oleh saya kurang air akibat muntah ataupun kerana kesan ubat yang diberi doktor (selalunya omeprazole atau pentoprazole) atau ada masalah lain. Saya tidak mengambil apa2 supplement

Dr Ramzdhan 44 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Kami memahami bahawa anda mengalami gastrik yang kerap dan warna air kencing anda menjadi gelap atau pekat. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.

Untuk pengetahuan anda, kekerapan gastrik boleh berlaku bergantung pada faktor risiko seperti jangkitan bakteria H.pylori, stres ataupun masalah refluks asid.

Warna air kencing juga boleh berubah warna akibat dehidrasi kerana muntah ataupun boleh berlaku disebabkan penyakit yang lebih serius seperti:

  • Hepatitis
  • Batu hempedu
  • Jaundice
  • Batu karang
  • Kanser pankreas atau buah pinggang

Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Dikemaskini pada: Wed Jun 16 2021 14:35:49 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang gastrik secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19